KUANTAN, 8 Nov -- Norezawati Mohamad, 32, (kiri) dan Fairuz Abdul Rahim, 42, iaitu isteri kepada dua daripada empat pemancing yang dilaporkan hilang sejak sembilan bulan lepas membuat pengecaman terhadap sisa peralatan menangkap ikan yang dinaikkan pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan, di sini hari ini.Barang kes tersebut berjaya ditemui di 14 batu nautika dari Kuala Kuantan selepas menerima laporan seorang nelayan.Turut ditemui bot yang dipercayai dinaiki mangsa.Bagaimanapun kesemua mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia itu tidak ditemui.Mangsa, Abdul Karim Zakaria, 41, Baheruzaman Yusuf, 40, Ayzzat rahmat Yaakop, 40, dan Rahmat Chik, 51, keluar memancing pada 20 Februari lepas.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA