KUANTAN, 8 Nov -- Norhartini Abdul Hamid,41, cuba mengecam joran yang turut ditemui bersama peralatan menangkap ikan lain yang dinaikkan pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan di sini hari ini.Norhartini merupakan isteri kepada salah seorang empat pemancing yang dilaporkan hilang sejak sembilan bulan lepas.Barang kes tersebut berjaya ditemui di 14 batu nautika dari Kuala Kuantan selepas menerima laporan seorang nelayan.Turut ditemui bot yang dipercayai dinaiki mangsa.Bagaimanapun kesemua mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia itu tidak ditemui.Mangsa, Abdul Karim Zakaria, 41, Baheruzaman Yusuf, 40, Ayzzat rahmat Yaakop, 40, dan Rahmat Chik, 51, keluar memancing pada 20 Februari lepas.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA