KAMPAR, 10 Nov -- Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Tang Ying Ying bersama dua pelajar Goh Kae Min (kanan) dan Yap Swan Zie dibawa menaiki ambulan untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Kampar selepas diselamatkan oleh anggota pasukan keselamatan di sini hari ini.Mereka sesat ketika menjalani kajian di Gunung Bujang Melaka berhampiran air terjun Batu Berangkai petang semalam.Seramai 117 anggota dan pegawai terdiri daripada Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Malaysia (Rela), Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 3 Senoi Prak, helikopter serta Kampar Community Policing (KCP) terbabit dalam operasi tersebut.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***