KAMPAR, 10 Nov -- Anggota pasukan Keselamatan turut menggunakan anjing pengesan untuk menjejaki tiga mangsa sesat dan mereka dijumpai kira-kira 500 meter dari Empangan Sungai Kichap di sini hari ini.Kelmarin, Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Goh Kae Min bersama rakannya Swan Zie serta pensyarah mereka Tang Ying Ying sesat ketika menjalani kajian di Gunung Bujang Melaka berhampiran air terjun Batu Berangkai petang semalam.Seramai 117 anggota dan pegawai terdiri daripada Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Malaysia (Rela), Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 3 Senoi Prak, helikopter dan Kampar Community Policing (KCP) terbabit dalam operasi tersebut.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***