SEPANG, 7 Mei -- Bapa enam anak, Mohd Azli Abdul Aziz, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran bersifat jelik melampau menerusi akaun media sosial miliknya, Disember tahun lepas.Mohd Azli, 59, selaku orang kena saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang jelik melampau sifatnya dengan niat menyakiti hati mana-mana orang di Facebook menerusi akaun "Bro Li Angel", pada 2.32 pagi 23 Dis 2025.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA