KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Kakitangan Pos Malaysia, Nurul Azreen Razali, 21, menunjukkan koleksi setem Perbankan Cemerlang Selama 100 Tahun RHB Bank pada sidang media di Ibu Pejabat Pos di sini, hari ini.Setem keluaran khas yang akan mula dijual pada 23 November ini memaparkan perjalanan perbankan Kumpulan RHB sejak 100 tahun lalu pada 15 Julai 1913.Setem itu juga mempunyai ciri istimewa dengan cetakan warna perak yang bakal menjadi pilihan peminat koleksi setem dan boleh didapati dengan harga RM15.60 satu set. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA