KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Ketua Unit Setem dan Filateli, Yasmin Ramli (kiri) bersama Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perbankan RHB, Mahanum Shariff menunjukkan koleksi setem Perbankan Cemerlang Selama 100 Tahun RHB Bank semasa sidang media di Ibu Pejabat Pos di sini, hari ini.Setem keluaran khas ini akan mula dijual pada 23 November ini memaparkan perjalanan perbankan Kumpulan RHB sejak 100 tahun lalu pada 15 Julai 1913.Setem itu juga mempunyai ciri istimewa dengan cetakan warna perak yang bakal menjadi pilihan peminat koleksi setem yang boleh didapati pada harga RM15.60 satu set. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA