JITRA, 24 Nov -- Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Aminuddin Omar (kanan) melawat bayi yang menyertai adat berendoi ketika hadir merasmikan Festival Adat Kedah 2013 di Masjid Wang Tepus dekat sini hari ini. Turut kelihatan pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Kedah, Abdul Mutalib Abdul Rahman (kiri).Kerajaan negeri akan berusaha memartabat dan mempertahankan adat warisan yang tidak bertentangan dengan Islam untuk diwarisi oleh generasi muda supaya tidak luput ditelan zaman.Menerusi kerjasama JKKN, warisan seperti ini dapat menghidupkan kembali adat yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu melalui penganjuran festival adat.Menerusi adat yang diamalkan ini juga mampu menerap semangat perpaduan dalam masyarakat terutamanya generasi muda yang lebih cenderung dengan kesibukanbekerja tanpa memikirkan hubungan kekeluargaan dan saudara-mara.--fotoBERNAMA(2013) HAKCIPTA TERPELIHARA