KUALA LUMPUR, 7 Mei -- Pakar Perunding Hemato-Onkologi Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur Dr Mohd Hishamuddin Harun (dua, kiri) bersama Sarimah Mingai (dua, kanan) dan suaminya Mahrip Onga (tengah) dalam satu pertemuan di Pusrawi Kuala Lumpur di sini, hari ini.Ubat rawatan leukemia yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai untuk seorang wanita dari Limbang, Sarawak akan diinfak kepada pesakit lain yang memerlukan selepas beliau meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.Sarimah Mingai berkata keluarganya reda walaupun segala usaha untuk membawa anaknya, Nurul Fithriyani Mahrip, 31, mendapatkan rawatan baharu tidak kesampaian selepas wanita itu mengalami jangkitan kuman ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** Penyerahan infaq ubat di Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur