BALING, 13 Mei -- Mekanik Mohd Shahifuldin Mohd Shahiran, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret hari ini atas lima pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen, awal bulan ini.Mohd Shahifuldin membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Rohaida Ishak. Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebelum menetapkan 12 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA