KUANTAN, 14 Dis -- Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Hasri Mohd Hadzir (kiri) dan Presiden Majlis Belia Pahang, Khairul Amin Osman (kanan) bersama sebahagian daripada sukarelawan MAYC memasukkan sampah sarap ke dalam lori untuk dilupuskan semasa turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dalam Ops Banjir di sini, hari ini.Lebih 500 sukarelawan MAYC dari enam buah negeri bergotongroyong membersihkan sampah sarap di kawasan rumah dan sekolah yang melibatkan mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA