ALOR SETAR, 20 Dis -- Izhar Ahmad, 44, menunjukkan laporan Polis yang dibuat serta gambar anaknya, Imran, 19, (gambar kiri) dan anak saudaranya Mohd Rashidi Ruslan, 26, yang ditahan oleh Tentera Laut Myanmar pada 24 November lepas atas kesalahan menangkap ikan secara haram di perairan Rakhine dan kini ditempatkan di Balai Polis Sittway, Daerah Rakhine ketika ditemui di rumahnya di Taman Gunong Bongsu, Tandop di sini hari ini.Pasangan suami isteri itu, Izhar dan Cik Rohayati Mohammad berharap kerajaan akan membawa pulang anak dan anak saudara mereka ke negara ini dengan selamat.Mereka berdua yang bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan yang berpangkalan di Langkawi awal bulan lepas, dikatakan berlepas dari Kuala Perlis 17 November lepas dengan menaiki kapal Hannah 8 milik Syarikat Image 2000 Sdn Bhd ke Bangladesh untuk penghantaran barangan.Mereka ditahan Tentera Laut Myanmar 24 November lepas atas kesalahan menangkap ikan secara haram di perairan Rakhine dan ketika pemeriksaan mendapati bot ikan yang ditahan itu mempunyai peralatan menangkap ikan, minyak diesel dan makanan yang disediakan untuk nelayan lain.Laporan sebuah akhbar tempatan Myanmar mengatakan ketika pasukan tentera laut negara itu menghampiri, semua anak kapal bot ikan tersebut dan bot nelayan lain melarikandiri ke arah Timur melepasi perairan Myanmar.--fotoBERNAMA(2013) HAKCIPTA TERPELIHARA