NAY PYI TAW, 20 Dis -- Penerjun negara Ahmad Amsyar Azman (kiri) dan Ooi Tze Liang ceria menunjukkan pingat emas yang berjaya diraih dalam acara tiga meter papan anjal seirama sempena Sukan Sea ke-27 Myanmar di Pusat Akuatik Wunna Theikdi di sini, hari ini.Mereka mendapat pungutan mata keseluruhan sebanyak 373.35 mata mengalahkan pasangan penerjun dari Singapura yang meraih pingat perak manakala gangsa milik pasangan penerjun Indonesia.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA