GEORGE TOWN, 23 Dis -- Orang ramai mengambil borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di perkarangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.Borang permohonan BR1M 2014 diedarkan bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.Menurut Kementerian Kewangan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.Bagi pemohon baru pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma bermula hari ini.Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari tahun depan.Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA