GEORGE TOWN, 4 Jan -- Warga Indonesia cuba turun dari bot perdagangan (Barter Trade Boat) apabila polis marin menahan bot berkenaan di kawasan laut pelabuhan negeri ini malam tadi.Sepasukan polis marin yang menjalankan 'Ops Tengo Papa' di kawasan laut pelabuhan berkenaan berjaya menahan sebuah bot perdagangan yang membawa 43 warga Indonesia termasuk seorang bayi lelaki, yang menuju ke Acheh, Indonesia melalui jalan tidak sah.Hasil pemeriksaan lanjutan mendapati seramai 18 orang mempunyai pasport dan 25 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.Mereka dipercayai membayar wang perjalanan ke Acheh sebanyak RM600 bagi setiap individu.Tekong dan dua awak-awak bot berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA