ROMPIN, 7 Jan -- Abdullah Isa, 65, (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Syariah Muadzam Shah hari ini atas dua pertuduhan, iaitu menyimpan buku-buku mengenai ajaran Syiah yang bertentangan dengan fatwa dikeluarkan melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang pada September tahun lepas dan menyimpan buku-buku mengandungi ajaran Syiah yang bertentangan dengan mazhab-mazhab yang empat iaitu Syafi'e, Hanafi, Hambali dan Maliki pada tempat dan waktu yang sama.Abdullah ditahan di Ladang Risda Pekoti Timur pada 27 September tahun lepas bersama 20 buku berkaitan Syiah, batu serta tasbih dari tanah Karbala dan kain kapan khusus untuk digunakan pengikut ajaran berkenaan jika berlaku kematian.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA