KUANTAN, 7 Jan -- PUSTAKA PANTAI... Seorang pemuda, Muhammad Faiz Mohamad, 22 (duduk) menyediakan ruangan 'Beach Library' di Pantai Teluk Chempedak, di sini hari ini.Menurut graduan Asasi Undang-Undang yang baru menamatkan pengajian di Management and Science University (MSU) itu, aktiviti yang dilakukan secara percuma sejak beberapa hari lepas bertujuan menggalakkan orang ramai terutama para pengunjung di situ agar minat membaca.Katanya, budaya membaca dalam kalangan masyarakat negara ini masih rendah dan beliau berharap agar usaha yang dilakukan sekurang-kurangnya dapat menanam sikap membaca di kalangan mereka.Tinjauan fotoBERNAMA mendapati pelbagai jenis koleksi bukunya termasuk politik, agama, falsafah dan budaya diletakkan di satu sudut berhampiran laluan pejalan kaki di situ bagi memberi kemudahan pengunjung bersantai sambil membaca.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA