GEORGE TOWN, 8 Jan -- Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Mohammad Ikhwan Ibrahim, 24, menyiapkan arca pasir berbentuk Tarian Singa di sebuah pusat beli-belah di Strait Quay, Tanjung Tokong di sini hari ini.Arca pasir berkenaan dibuat sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 31 Januari ini.Menurut Mohammad Ikhwan yang lebih dikenali sebagai 'Sand Man' di kalangan rakan-rakannya, dia mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan arca pasir berkenaan.Arca pasir Tarian Singa yang berukuran 2.5 meter panjang dan 1.5 meter lebar itu hanya menggunakan dua tan pasir pantai dan boleh bertahan selama sebulan.Sebelum ini, Mohammad Ikhwan pernah membuat arca pasir Snow Man dan Pokok Krismas sempena sambutan Hari Krismas pada bulan lepas di pusat beli-belah berkenaan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA