GEORGE TOWN, 16 Jan -- Kelihatan penganut Hindu membawa dulang yang berisi dengan buah-buahan, biji kelapa dan bunga malai sebagai tanda membayar nazar kepada Dewa Murugan semasa perarakan Silver Chariot yang berusia 120 tahun di Lebuh Pantai di sini hari ini.Ribuan penganut Hindu membanjiri Lebuh Pantai untuk mengambil bahagian dalam perarakan itu yang berarak bersama patung Dewa Murugan sempena sambutan perayaan Thaipusam esok.Perarakan berkenaan yang bermula dari Kovil Veedu di Lebuh Penang berarak sejauh lapan kilometer sebelum tiba di Kuil Arulmigu Bhalathandayuthandani di Jalan Kebun Bunga,manakala pada keesokan hari penganut Hindu akan membawa pelbagai jenis kavadi yang juga sebagai tanda membayar nazar kepada dewa berkenaan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA