SUNGAI PETANI, 21 Jan -- Salah seorang anggota dari Jabatan Imigresen Malaysia terpaksa memecahkan pintu kediaman Pendatang Tanpa Izin (PATI) kerana tidak mahu keluar walaupun dipanggil beberapa kali ketika Operasi Bersepadu 6 P oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPM) di dua lokasi berbeza sekitar Kuala Ketil dan kawasan pembinaan Saujana Ambangan Heights di sini hari ini.Operasi ini menahan 144 orang termasuk kanak-kanak antaranya warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Filipina dan Nepal.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA