ALOR SETAR, 20 Jan -- Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di atas beg plastik di hadapan sebuah rumah di kampung Sungai Batang, Jalan Kuala Kedah di sini hari ini.Saksi pertama, Normawati Ahmad, 17, yang menjumpai bayi yang tidak berpakaian itu ditinggalkan kesejukan kira-kira pukul 3 pagi semalam dan dibersihkan kerana masih mempunyai kesan darah selepas dijumpai di hadapan rumahnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan mengenai penemuan bayi lelaki yang dipercayai Melayu.Bayi tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.--fotoBERNAMA(2014) HAKCIPTA TERPELIHARA