PEKAN, 26 Jan -- Dua pelajar Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM), Aiza Syahira Azhar (kanan) dan Nur Ainina Hanis Abdullah (duduk) menunjukkan demontrasi mesin penapisan minyak, 'Optimization Of Reused Lubricant For CNC' ciptaan mereka kepada sebahagian pelajar-pelajar sekolah menengah yang berkunjung pada Hari Terbuka ICAM di sini hari ini.Program sehari itu bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan pusat pengajian itu yang diterajui oleh HICOM University Sdn Bhd (HUCSB) iaitu anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.Kolej yang bertunjangkan konsep 'Oleh Industri Untuk Industri' telah ditubuhkan pada April 2010 di daerah ini.ICAM mendokong aspirasi untuk memperkasakan industri automotif negara dengan melahirkan para graduan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menjana pembangunan modal insan yang profesional seterusnya berupaya dalam bidang akademik dan vokasional.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA