PEKAN, 26 Jan -- Orang ramai melihat dengan lebih dekat model kereta berprestasi tinggi, Lotus Elise yang dipamerkan pada Hari Terbuka Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini hari ini.Program sehari itu bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan pusat pengajian itu yang diterajui oleh HICOM University Sdn Bhd (HUCSB) iaitu anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.Kolej yang bertunjangkan konsep 'Oleh Industri Untuk Industri' telah ditubuhkan pada April 2010 di daerah ini.ICAM mendokong aspirasi untuk memperkasakan industri automotif negara dengan melahirkan para graduan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menjana pembangunan modal insan yang profesional seterusnya berupaya dalam bidang akademik dan vokasional.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA