KUANTAN, 30 Jan -- Kelihatan beberapa pelanggan menikmati hidangan sarapan pagi dengan harga yang murah semasa tinjauan fotoBERNAMA di kedai makan Sajie Hut, di sini hari ini.Kedai yang dimiliki Azizul Abdul Aziz bersama rakan kongsinya Zulkurnain Hassan ini menjual setiap menu tersebut iaitu nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuey tiaw goreng, teh 'O' dan kopi 'O' dengan harga hanya RM1.00.Meskipun harga barang kini semakin meningkat sehingga menimbulkan keresahan kebanyakan peniaga, namun mereka sanggup menjual harga murah semata-mata atas rasa tanggungjawab untuk membantu meringankan beban pelanggan yang berpendapatan rendah.Menurut mereka, biarpun meletakkan harga yang murah namun mereka tetap memperoleh keuntungan walaupun kecil.Mereka percaya dengan menjual harga murah pelanggan akan lebih tertarik untuk datang ke kedai dan apabila jumlah pelanggan bertambah sudah pasti keuntungan pun bertambah.Kedai yang baru sebulan diusahakan dua sahabat ini turut menyediakan pakej hidangan tengahari antaranya nasi kukus lauk kambing dan ayam dengan harga yang berpatutan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA