KUANTAN, 30 Jan -- Dua rakan kongsi kedai makan Sajie Hut, Azizul Abdul Aziz (kiri) dan Zulkurnain Hassan menunjukkan menu sarapan pagi yang dijual murah di kedai mereka, di sini hari ini.Setiap menu tersebut iaitu nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuey tiaw goreng, teh 'O' dan kopi 'O' dijual dengan harga hanya RM1.00.Meskipun harga barang kini semakin meningkat sehingga menimbulkan keresahan kebanyakan peniaga, namun mereka sanggup menjual harga murah semata-mata atas rasa tanggungjawab untuk membantu meringankan beban pelanggan yang berpendapatan rendah. Menurut mereka, biarpun meletakkan harga yang murah namun mereka tetap memperoleh keuntungan walaupun kecil. Mereka percaya dengan menjual harga murah pelanggan akan lebih tertarik untuk datang ke kedai dan apabila jumlah pelanggan bertambah sudah pasti keuntungan pun bertambah. Kedai yang baru sebulan diusahakan dua sahabat ini turut menyediakan pakej hidangan tengahari antaranya nasi kukus lauk kambing dan ayam dengan harga yang berpatutan. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA