KUANTAN, 30 Jan -- Peniaga kedai makan Sajie Hut, Azizul Abdul Aziz (berdiri) sibuk melayan pelanggan semasa tinjauan fotoBERNAMA, di sini hari ini.Azizul yang berkongsi niaga dengan sahabatnya Zulkurnain Hassan sejak sebulan lepas menjual menu sarapan pagi dengan harga yang murah.Setiap menu tersebut iaitu nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuey tiaw goreng, teh 'O' dan kopi 'O' dijual dengan harga hanya RM1.00.Meskipun harga barang semakin meningkat sehingga menimbulkan keresahan kebanyakan peniaga namun mereka sanggup menjual harga murah semata-mata atas rasa tanggungjawab untuk membantu meringankan beban pelanggan yang berpendapatan rendah.Menurut mereka, biarpun meletakkan harga yang murah, namun mereka tetap memperoleh keuntungan walaupun kecil.Mereka percaya dengan menjual pada harga murah pelanggan akan lebih tertarik untuk datang ke kedai dan apabila jumlah pelanggan bertambah sudah pasti keuntungan pun bertambah.Selain menu pagi, mereka turut menyediakan pakej hidangan tengahari antaranya nasi kukus lauk kambing dan ayam dengan harga yang berpatutan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA