KUCHING, 12 Feb -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama presiden komponen BN Sarawak sebaik sahaja keluar dari Astana Negeri selepas menemui Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini, hari ini.Turut sama Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri James Jemut Masing (kiri), Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu (tengah), Menteri Kewangan ll Sarawak Datuk Sri Wong Soon Koh (dua, kanan) dan Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan (kanan).Abdul Taib hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Feb dan akan digantikan oleh Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Adenan Satem. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA