GEORGE TOWN, 13 Feb -- Seorang pembeli Mohd Fairuz Ilias, 33, merayu kepada pegawai di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan terhadap pemaju yang menaikkan harga sekali ganda RM160,000 berbanding harga asal yang ditawarkan sebanyak RM72,000 bagi rumah kos sederhana rendah Centrio Avenue di Bukit Gambir. Kira-kira 20 pembeli rumah kos sederhana rendah itu menuntut hak mereka dan mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak dua bulan lepas semasa mereka membuat bantahan secara aman di tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA