KUANTAN, 17 Feb -- Pengerusi RapidBus Sdn Bhd Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid (kiri) mencuba keselesan pemandu sambil mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara James Armstrong (dua, kiri) pada majlis Penyerahan 60 Bas Scania untuk Operasi RapidKuantan di sini, hari ini.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bas Rapid Datuk Zohari Sulaima (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan Zainurul Hakim Mohamed.Bas Scania itu dilengkapi dengan platform untuk penumpang Orang Kurang Upaya (OKU) berkerusi roda di samping CCTV bagi memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk Kuantan.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA