KUANTAN, 18 Feb -- Razali Abdul Rahman, 59, menikmati cendol bersama cucunya, Adam Rifdi Mohd Radhi, 3, semasa tinjauan fotoBERNAMA di gerai Cendol Yusof di Jalan Beserah, di sini hari ini.Musim kemarau sejak tiga minggu lepas bagaikan rahmat bagi peniaga cendol tersebut, Yusof Abdul Rahman, 58, kerana rezeki yang diperolehi bertambah daripada kebiasaan setelah jualannya laris setiap hari.Katanya, sejak tempoh itu dia berjaya menghabiskan jualan sebanyak 200 pesanan berbanding 100 pada hari biasa dimana pelanggan boleh menikmati cendol dalam mangkuk yang dijual dengan harga RM1.80 manakala RM2.00 untuk gelas plastik.Menurutnya, perniagaan cendol sememangnya bergantung kepada keadaan cuaca dimana jika cuaca panas jumlah pelanggan ramai namun sebaliknya jika hujan.Lebih teruk apabila terpaksa berehat panjang setiap kali musim tengkujuh tiba yang turut menyebabkan pendapatannya terjejas.Baginya, itu semua sudah menjadi asam garam dalam perniagaan cendol yang telah diusahakannya sejak 18 tahun lepas. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA