KOTA BHARU, 9 Mac -- Seramai 50 masyarakat bukan Islam terdiri daripada kaum Cina dan India menyertai program berbuka puasa bersama di Masjid Jamek Muhammadi menerusi Program Mahabbah Pelancongan Masjid yang diadakan di sini, hari ini.Program berkenaan memberi peluang kepada peserta mendekati budaya dan amalan umat Islam sepanjang Ramadan termasuk memahami konsep ibadah puasa serta fungsi masjid sebagai pusat komuniti.Sepanjang program, peserta turut dibawa meneroka sekitar kawasan masjid sambil diberikan penerangan mengenai aktiviti yang dijalankan di masjid berkenaan selain diperkenalkan dengan sejarah Masjid Jamek Muhammadi.Selain itu, peserta yang hadir turut diberikan bahan bacaan berkaitan Islam termasuk risalah penerangan serta terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa bagi membantu mereka memahami ajaran Islam dengan lebih jelas.Mereka juga berpeluang mendengar laungan azan Maghrib secara langsung sebelum bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana santai dan penuh muhibah.Program itu dianjurkan oleh Masjid Jamek Muhammadi dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).Inisiatif berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di samping memberi pendedahan mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA