TAIPING, 9 Mei -- Wakil Sekretariat Solidariti Bersama DAK Neow Choo Seong menyerahkan memorandum 'Selamatkan DAK' ketika berarak dari Pavillion Zoo Taiping ke Wisma Perbandaran Taiping hari ini.Sekretariat Solidariti Bersama DAK meminta kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi memastikan tahap kesihatan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, di Osaka, Jepun dipantau dan dinilai secara menyeluruh.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Mohamed Akmal Dahalan berkata tiada sebarang unsur komersial melibatkan urusan jual beli atau bayaran antara Zoo Taiping and Night Safari (ZTNS) dan Tennoji Zoo Osaka (TZO), Jepun dalam perjanjian melibatkan tiga gajah Malaysia, iaitu DAK.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA