KUANTAN, 3 Mac -- Kepulan asap menyelubungi ruang udara dapat dilihat dengan jelas dari jarak lebih lima kilometer berpunca daripada kebakaran hutan tanah gambut di jalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Penor, di sini hari ini. Kebakaran sejak enam hari lepas dipercayai akibat cuaca panas dan kering berpanjangan.Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail, seluas 50 hektar hutan di kawasan itu terbakar dan sehingga kini pihaknya yang terdiri 59 anggota berjaya mengawal 40 hektar daripadanya.Katanya, pihak bomba berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya masalah sumber air yang minimum, angin serta kesukaran untuk ke tempat terjejas yang dua kilometer jauh ke dalam hutan.Selain itu katanya, kawasan hutan jenis tanah gambut turut menyukarkan kerja pemadaman dilakukan dengan pantas.Bagaimanapun beliau memberi jaminan akan menjalankan operasi berterusan sehingga kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA