KAJANG, 10 Mac -- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (dua, kanan) bersama Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang juga merangkap Naib Presiden MCA, Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (dua, kiri) semasa mengedarkan risalah bagi mendoakan kesejahteraan penumpang MH370 yang dilaporkan hilang kepada orang ramai ketika melakukan tinjauan mesra di Tesco Kajang di sini, hari ini.Turut kelihatan Pengerusi MCA bahagian Hulu Langat, Lee Bang Seng (kiri) dan Naib Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Simon Sim Kai Siong (tiga, kanan).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA