GEORGE TOWN, 12 Mac -- Pelajar-pelajar Sekolah Penang Free yang beragama Buddha mengadakan upacara keagamaan untuk anak-anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas di sini hari ini. Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas adalah bekas pelajar sekolah berkenaan.Seramai 1,300 pelajar pelbagai kaum Sekolah Penang Free hari ini mengadakan upacara keagamaan masing-masing bagi memohon keselamatan anak-anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA