KUCHING, 9 Mei -- Sebahagian sukarelawan Trash Hero Kuching berganding bahu mengutip sampah di sekitar Tebingan Sungai Kuching setelah ia menjadi misi mingguan untuk memastikan bandar bersih ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.Pemandangan beg sampah berbaris di sepanjang waterfront juga menjadi peringatan jelas bahawa sampah kekal sebagai isu berterusan walaupun Kuching diiktiraf sebagai bandar ke-11 terbersih di dunia pada 2024 oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland, IQAir.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA