KAJANG, 15 Mac -- Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (duduk, kanan) berkata sesuatu kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang yang juga merangkap Naib Presiden MCA, Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (duduk, dua, kiri) semasa sarapan pagi bersama masyarakat setempat sempena kempen PRK DUN Kajang di Taman Indah di sini, hari ini.PRK DUN Kajang menyaksikan BN yang diwakili Chew akan berhadapan satu lawan satu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 23 Mac ini.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA