GEORGE TOWN, 19 Mac -- Kelihatan para pengunjung di kedai Nasir Jeruk, Jalan Penang asyik membeli pelbagai jenis buah jeruk ketika tinjauan fotoBernama di sini hari ini.Selain dijadikan kudapan, jeruk juga sering dijadikan buah tangan oleh para pelancong khususnya bagi mereka yang melancong ke Pulau Pinang. Peningkatan kesedaran halal juga telah mendorong golongan Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan. Ramai usahawan jeruk Bumiputera muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak beberapa tahun yang lepas berikutan peningkatan kesedaran peminat jeruk terhadap kesihatan, kebersihan makanan selain konsep halal yang turut diketengahkan oleh para usahawan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA