KUALA LUMPUR, 4 April -- Jurutera Projek Monorail Fleet Expansion, Mike Dickinson (kiri) menunjukkan lokasi projek Monorail Fleet Expansion semasa sidang media mengenai penutupan stesen monorail di sini, hari ini.Turut sama, Pengurus Projek Monorail Fleet Expansion, Mohammad Isom Azis (dua, kiri), Ketua Pegawai Operasi RapidKL Monorail, Abdul Hadi Amran (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Operasi RapidKL Bus, Mohd Azam Omar (kanan). Penutupan tersebut bermula dari jam 12 tengah hari pada 12 April sehingga 4 pagi pada 14 April depan.Penutupan itu bertujuan untuk memudahkan serta mempercepatkan lagi projek Kuala Lumpur Monorail Fleet Expansion untuk disiapkan.Pihak RapidKL Monorail akan turut memperkenalkan 12 tren empat gerabak mereka yang baharu bagi memenuhi kehendak serta keselesaan pengguna.--fotoBERNAMA(2014)HAKCIPTA TERPELIHARA