KLANG, 15 Mei -- Pengusaha generasi ketiga Choon Guan Hainan Coffee 1956, David Kan Yew Weng, 39, menunjukkan kopi botol yang membawa cita rasa kopitiam tradisional ketika ditemui di kedainya di Pandamaran baru-baru ini.Memperkenalkan pelbagai pembaharuan di kopitiam yang diasaskan oleh datuknya hampir tujuh dekad lalu, usahawan muda ini percaya kedai kopi tradisional masih relevan sebagai ruang sosial masyarakat berbilang kaum jika diberikan nafas baharu menerusi operasi moden, kawalan kualiti lebih baik dan menu sihat. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA