PEKAN, 15 April -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin (tiga, kanan) melayani kanak-kanak istimewa selepas merasmikan Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care Peringkat Negeri Pahang di Dataran Pekan, di sini hari ini.Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd Hashim (dua, kiri).Program tersebut bertujuan untuk menyemarakkan semangat kesukarelawan dikalangan anggota masyarakat menerusi aktiviti penjagaan kekeluargaan terhadap warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).Pada majlis itu beliau turut melepaskan peserta konvoi seramai 100 orang yang akan bergerak ke ibu negara iaitu lokasi terakhir bagi Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care di semenanjung Malaysia.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA