PERTH, 18 April -- Profesor Pantai Oseanografi, University of Western Australia (UWA), Prof Charitha Pattiaratchi menerangkan fungsi dan kegunaan Bluefin-21, iaitu sebuah kenderaan dalam air autonomi (AUV) yang digunakan dalam misi mencari pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi ketika ditemui di sini baru-baru ini.Bluefin-21 yang dilengkapi sistem pengesan sonar yang menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut merupakan antara yang tercanggih di dunia.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA