KUALA LUMPUR, 11 Mei -- Pelumba basikal negara Josiah Ng (kiri) dan Muhamad Edrus Md Yunus bersama pingat emas yang mereka menangi dalam acara Keirin dan Sprint pada Kejohanan Berbasikal 1st South East Asian Track GP 2014 di sini, hari ini.Kejohanan berbasikal 1st South East Asian Track GP 2014 merupakan kejohanan pertama yang disertai Josiah Ng selepas pulih dari kecederaan yang dialaminya pada Disember tahun lalu akibat kemalangan dan bagi Muhamad Edrus ini merupakan kejayaan pertamanya bersama skuad senior yang baru disertainya.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA