BATU GAJAH, 17 Mei -- Pelanggan menikmati makanan yang dijual di RM Corner di sini, baru-baru ini.Di awal perniagaan, kedai makan milik pasangan Melayu-Cina anak jati Batu Gajah ini jarang dikunjungi pelanggan beragama Islam disebabkan oleh muka si isteri ala warga Vietnam, lantas disangka mereka menjual makanan tidak halal.Namun, itu kisah dulu. Kini, RM Corner yang diusahakan pasangan ini menjadi tempat rakyat pelbagai bangsa dan agama duduk semeja, menikmati masakan Cina, terutamanya berasaskan mi, bihun dan kuetiau.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA