KUANTAN, 20 Mei -- Mohd Hasan Manaf, 43, (kanan) menunjukkan kad pengenalan miliknya serta ahli keluarganya yang lain membuktikan mereka adalah warganegara Malaysia semasa ditemui di Kampung Alor Ladang, Beserah di sini hari ini.Menurut Mohd Hasan, kesempitan hidup menyebabkan dia sekeluarga bersama keluarga abang dan keluarga adiknya terdiri 15 orang terpaksa tinggal di dalam pondok dan khemah yang didirikan di kawasan semak di atas tanah milik orang lain untuk menumpang teduh.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA