GEORGE TOWN, 21 Mei -- Seorang anggota polis mencelup jarinya ke dalam botol dakwat semasa membuang undi awal di Balai Polis Air Itam di sini hari ini.Pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang melibatkan 148 pengundi berdaftar dilaksanakan hari ini yang bermula pada pukul 8 pagi tadi hingga 2 petang ini.PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini akan menyaksikan pertembungan empat calon iaitu Ramkarpal Singh (DAP), Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, Abu Backer Sidek Mohd Zan (Bebas) dan Mohamed Nabi Bux Mohamed Nabi Abdul Sathar (Bebas).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA