GEORGE TOWN, 25 Mei -- Orang ramai beratur di pusat pengundian untuk membuang undi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam di sini hari ini.Lebih 82,000 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor hari ini bagi memilih ahli parlimen bagi kawasan berkenaan selepas kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak, 17 April lepas. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA