KANGAR, 24 Mei -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah di Stadium Tuanku Syed Putra yang diimamkan oleh Imam I Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Mohd Radzi Hassan dekat sini, hari ini.Turut sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.Solat Maghrib tersebut mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Rocords sebagai "Solat Maghrib Berjemaah Paling Ramai" dengan lebih 6,000 orang menyertainya terdiri daripada murid-murid sekolah serta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Acara tersebut merupakan salah satu acara sambutan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 yang bermula hari ini.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA