KANGAR, 25 Mei -- Keadaan mangsa kemalangan yang menerima rawatan pesakit luar selepas bas yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di Unit Kecemasan HTF dekat sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi tadi, seramai 45 penumpang sebuah bas persiaran dari Kepala Batas, Pulau Pinang cedera ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 15 meter di laluan berbukit di Kilometer 37 Jalan Wang Kelian.Kesemua mereka yang terdiri daripada 33 perempuan, enam lelaki dan lima kanak-kanak dihantar mendapatkan rawatan pesakit luar di HTF.Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan bantuan dengan menyediakan sebuah bas khas bagi menghantar pulang kesemua mangsa yang telibat ke Pulau Pinang.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA