KUALA LUMPUR, 26 Mei -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melihat dari dekat manuskrip melayu 'Hang Tuah' yang diperagakan selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 bertemakan "Merungkai Rahsia Manuskrip Melayu" di Perpustakaan Negara di sini, hari ini.Hadir sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (tiga dari kiri), Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim (empat dari kiri) dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Datuk Raslin Abu Bakar. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA